nuffnang


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 27, 2010

seorang adk angkt yg manje...

aku nk share kt korang psl adk angkt aku yg bernama darwisha...sedap kn???huhuhu..die duk kt penang & die berumr 15 tahun,aku syg gile kt die..aku nk tgk die happy & berjaya dlm SPM,lau ada prob,pasti aku akn surh die cte prob die kt aku...huhuhu..ok lh sampai di sini sje cte aku psl adk angkt ku..

kwn yg pertama aku knl di dlm dunia chatting

bermula lh di sini aku ingin share cerita aku nie kt korang..pada 1 ari aku chatting di 1 tmpt chat,dkt situ aku ingin mencri seorg kwn & aku telah menemui org itu di dlm tmpt chat..kami pn chat & bertukar2 email ym,org itu ialah muhd hanif ( ntah btl ke x nama die ) hehehe,die duk kt penang..die sgt2 lh baek..huhuhu,blh lh bergurau senda dgn die..aku hrp sgt pershbtn yg terjlin nie akn berkekalan,amin...die nie belajar kt poli ape ntah,aku lupe nk interview die kt dlm ym td..huahuahua,mmg lwak lh..aku hrp die hppy berkwn ngan aku... :)

akn bertemu dgn org yg aku benci....

ari ahad nie akn ku bertemu dgn seorg lec. yg aku benci..walaupn sekali pn aku bnci,dlm diri ku ada rasa hormat & mengenang ilmu yg di beri...ya allah,tabah kn ati hamba mu ini..

puisi cinta 2

Jangan pernah kau katakan
Bahwa cintaku terlarang
Karna tak ada yang tahu
Arti cinta sesungguhnya

Cinta datang dari tuhan
Yang tak mungkin ku hindarkan
Karna aku manusia
Yang pastinya butuh cinta
Kepada mu aku terus terang
Bahwa aku memang masih sayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Hanya aku yang aku sayang
Bersama mu jiwaku melayang
Demi kamu aku relakan perpisahan

Thursday, August 26, 2010

puisi cinta

Demi nama cinta agung kita
Ku juangkan segalanya
Tiada yang bisa menghalang kita berdua
Keranamu aku sanggup
Mempertaruhkan nyawa
Asal ditabalkan kasih


Meskipun duri menyucuk
Meninggalkan parut di pelusuk kalbu
Pahit pun akan ku telan jua
Untuk kemanisannya bila bersama


Ku mahu ku perlu
Kasih sayang darimu
Hulurkan curahkan
Cinta murni hatimu

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....

I made this widget at MyFlashFetish.com.

like button

my hamster :)

Powered by Blogger.